Santai

Shell C06 Selangor rai anak yatim dan asnaf biaya keperluan Aidilfitri

Seramai 53 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf berumur diantara 7 hingga 12 tahun diraikan.

 SUBANG JAYA 13 April – Bagi meringan beban golongan kurang bernasib baik, pengusaha Shell kod CO6 meliputi kawasan Puchong, sebahagian Petaling jaya dan Shah Alam menganjurkan Majlis sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf dari Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, Puchong.

Majlis sumbangan itu diadakan di Mydin Mall, Subang Jaya USJ 1, di sini.

Seramai 53 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf berumur diantara 7 hingga 12 tahun telah diiringi oleh 7 ustaz dan ustazah sebelum dibawa ke Mydin Mall dengan menaiki bas sekolah.

Majlis yang berlangsung dari jam 11.30 pagi sehingga 3 petang itu telah dijayakan dengan kerjasama seramai 25 orang pengusaha stesyen minyak Shell.

Antara lain majlis berkenaan diadakan adalah untuk meraikan dan membantu anak-anak yatim dan asnaf membeli keperluan untuk menyambut sambutan Hari Raya.

Pengusaha-pengusaha Shell mendapat peluang untuk bersama-sama memilih keperluan anak-anak ini seperti baju kurung, baju melayu, tudung, kasut dan sebagainya.

Menurut wakil CO6, Hani Saleh, pihaknya sangat berbesar hati dapat meringankan beban keluarga anak-anak yatim dan asnaf dalam persiapan menyambut Hari Raya.

“Program ini adalah tanggungjawab sosial daripada pihak kami. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd Haniff Tajul Urus (Pengurus kawasan CO6), pihak pengurusan Mydin Mall, Guru Besar dan guru-guru Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, ibu bapa dan semua yang menjayakan program ini,” katanya. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button