Berita

Siapkan segera pembangunan Sabah, jangan ada alasan – PM

Anwar mahu pembangunan kemudahan rakyat sabah disegerakan tanpa sebarang alasan.

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pembangunan kemudahan untuk rakyat Sabah, termasuk bekalan air dan elektrik serta Lebuh Raya Pan Borneo, dipercepatkan tanpa ada sebarang alasan lagi.

Anwar berkata, penegasan itu perlu dilakukan kerana terdapat projek pembangunan untuk kemudahan masyarakat di negeri ini, tertangguh seperti Empangan Hidroelektrik Ulu Padas yang berupaya menyediakan bekalan elektrik dan air bagi keselesaan rakyat.

“Projek tertangguh antara lain menyebabkan dua kesan, iaitu kos meningkat dan kesan terhadap harapan rakyat untuk memperoleh kemudahan, terutama bekalan elektrik dan air.

“Contohnya, empangan ini… pastikan ada pelaksanaan dan pemantauan supaya tiada alasan untuk lengahkan.

“Tekad ini amat kritikal, mendesak untuk rakyat… siapkan lebih cepat dan beri keselesaan kepada rakyat. Itu sikap yang kita mesti ada sekarang,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali; serta Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC), Datuk Annuar Ayub. — Berita Harian

Artikel Berkaitan

Back to top button