Berita

Siasatan kes Zayn: 48 individu direkod keterangan

Beberapa lagi keterangan mungkin akan diambil bergantung kepada siasatan.

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Polis mengambil keterangan 28 lagi individu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata jumlah keseluruhan yang sudah direkod keterangan setakat ini adalah seramai 48.

“Terbaharu, kira-kira 28 orang daripada kalangan jiran dan saksi turut diambil keterangan.

“Kesemua individu terdiri daripada dua ibu bapa, seorang guru serta 45 jiran dan saksi bebas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketika ditanya sama ada akan ada lagi individu yang akan akan dirakam keterangan, Hussein berkata perkara itu bergantung kepada keperluan siasatan.

Mengenai analisis forensik ke atas pakaian milik Zayn Rayyan yang dijalankan Jabatan Kimia, beliau berkata pihaknya masih menunggu keputusan. — Berita Harian

Artikel Berkaitan

Back to top button