Berita

Siling Skybridge KLIA 2 runtuh

Kejadian itu berlaku ekoran cuaca buruk.

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Sebahagian kecil siling di Aras 3 Balai Berlepas Skybridge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 runtuh akibat cuaca buruk, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Menerusi hantaran di X, MAHB memaklumkan kerja-kerja memperbaiki kerosakan sedang dijalankan dan kawasan tersebut ditutup hingga kerja-kerja berkenaan serta pemeriksaan keselamatan selesai.

“Sila elak kawasan yang ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Duta Airport CARE kami,” menurut MAHB. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button