Dunia

Singapura akan menaikkan tarif gas dan elektrik untuk tiga bulan akan datang

Mulai 1 Julai hingga 30 September, penduduk di Singapura yang dibekalkan oleh pengendali grid SP Group akan menyaksikan kenaikan 0.3 peratus dalam tarif elektrik berbanding suku sebelumnya, kata kumpulan itu dalam kenyataan baru-baru ini.

Bagi isi rumah, ia menyaksikan tarif 29.88 sen setiap kilowatt-jam sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST), meningkat daripada 29.79 sen pada masa ini. Tarif baharu masih satu sen lebih rendah daripada suku pertama 2024.

Portal berita The Straits Times melaporkan dengan tarif baharu itu, purata bil elektrik bulanan untuk keluarga yang tinggal di flat Lembaga Perumahan empat bilik akan meningkat sebanyak 35 sen sebelum GST, meningkat daripada $118.03 (RM410.50) kepada $118.38 (RM411.72).

Kenaikan itu disebabkan peningkatan kos tenaga, sebanyak 0.09 sen bagi setiap kWj secara purata, kata SP Group. Kos yang dibayar kepada syarikat penjanaan kuasa, diselaraskan setiap suku tahun untuk mencerminkan perubahan dalam kos bahan api dan penjanaan kuasa.

City Energy, pengeluar dan peruncit gas berpaip, berkata dalam satu kenyataan berasingan semalam bahawa tarif gas bandar akan meningkat sebanyak 0.30 sen setiap kWj dalam tempoh sama, juga disebabkan kos lebih tinggi.

Ini bermakna isi rumah akan membayar 23.42 sen setiap kWj sebelum GST, meningkat daripada 23.12 sen. Dengan GST, tarif yang disemak berjumlah 25.53 sen. Tarif gas yang disemak diluluskan Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga.

Artikel Berkaitan

Back to top button