Berita
Sivakumar, Ramkarpal antara digugur
Portfolio sumber manusia kini digalas oleh seorang lagi wakil daripada DAP Steven Sim yang sebelum ini timbalan menteri kewangan
KUALA LUMPUR 12 Dis – Timbalan Setiausaha Agung DAP V Sivakumar digugurkan daripada Jemaah Menteri Anwar Ibrahim.
Portfolio sumber manusia kini digalas oleh seorang lagi wakil daripada DAP Steven Sim yang sebelum ini timbalan menteri kewangan.
Turut digugurkan dua timbalan menteri iaitu Ram Karpal Singh (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Siti Aminah Aching (timbalan menteri perladangan dan komoditi).
Ram digantikan dengan Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong dilantik timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan Ahli Parlimen Sungai Buloh R Ramanan pula timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi. – Xklusif