Politik

Sokongan belia meningkat, peluang calon PN 50:50 – Saifuddin

Kempen PN mendapat sambutan luar biasa daripada sokongan belia

BENTONG 2 Okt – Peluang untuk calon Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai adalah 50-50.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, jangkaan ini berdasarkan peningkatan sokongan undi daripada golongan muda.

“Dah masuk minggu kedua, alhamdulillah kempen PN mendapat sambutan luar biasa ada dua faktor iaitu sokongan anak muda nampaknya ada peningkatan.

“Pengundi anak muda ada 50 peratus daripada jumlah semua pengundi, yang kedua lebih istimewa kerana sudah lihat reaksi sokongan daripada merka yang dahulu tak undi PN.

“Mereka ni tak jumpa dalam ceramah tapi dalam lawatan ke rumah mereka memberi sambutan yang sangat menggalakkan,” katanya ketika ditanya peluang calon PN dalam PRK Pelangai.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, prestasi semasa sepanjang seminggu berkempen ini  merupakan pencapaian terbesar bagi PN.

“Kalau nak kira kedudukan 50-50. Tapi 50-50 untuk PN  itu adalah sangat baik, ada peningkatan.

“Mudah-mudahan momentum ini dapat diteruskan sampai hari mengundi,” katanya ketika ditemui di Felda Chemomoi hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, golongan pengundi baru itu terdiri daripada mereka ada parti, sebahagian atas pagar, dan ada juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pimpinan UMNO.

Sementara itu, Saifudin berkata, para pemimpin PN akan terus berkampung menjelang 7 Oktober ini.

“Dalam dalam minggu ini kita akan turunkan pimpinan utama kita, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Tan Sri Abdul Hadi. Tan Muhyidin Yasin dua kali dan Datuk Dominic juga akan turun di kawsan Telemong dan sekitar.

“Saya yakin apabila pembesar-pembesar PN turun akan jadi katalis, Tan Sri Muhyiddin ada jasa yang besar di Felda. Kepada pengundi Felda tentu dia akan meinggalkan kesan signifikan, “ katanya.

Saifudin optimis dapat ‘menyapu’ pengundi terutama di Felda berdasarkan prestasi PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri sebelum ini.

“Kita sudah memenangi banyak kerusi di Felda yang merupakan faktor penentu dalam PRU15 lepas mahupun dalam PRN di enam buah negeri.

“Melihat di Pahang sahaja, daripada tujuh Parlimen yang menangi dan 17 DUN dimenangi kebanyakan kawasannya di Felda,” katanya.

Pada PRK Pelangai ini calon PN diwakili Kasim Samat ditentang Datuk Amizar Abu Adam (BN) dan Haslihelmy DM Zulhasli (bebas). – MalaysiaGazette

 

Artikel Berkaitan

Back to top button