Berita
SPRM serbu 6 lagi premis dalam siasatan konsesi perlombongan pasir

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu enam lagi premis berkaitan dengan skandal rasuah perlombongan pasir yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), menurut satu laporan.
Sumber SPRM berkata lima unit pejabat dan sebuah kediaman terletak di sekitar Lembah Klang, lapor Berita Harian.
Sumber itu menambah bahawa ahli perniagaan yang ditahan oleh SPRM pada Khamis lalu telah direman sehingga Ahad. Suspek didakwa menerima rasuah daripada sebuah syarikat selepas memperoleh kontrak daripada MBI.
Ahli perniagaan tersebut adalah antara empat individu yang ditahan oleh SPRM minggu lalu dalam siasatan berhubung konsesi perlombongan pasir yang diberikan oleh anak syarikat MBI.