Berita

SPRM sita Menara Ilham

Ia dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes rasuah dan penyelewengan

KUALA LUMPUR 21 Dis – Bangunan Menara Ilham di Kuala Lumpur dilaporkan disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia disita pada Isnin lalu, kerana dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes rasuah dan penyelewengan, lapor Buletin TV3 yang memetik sumber.

Laman berita itu juga melaporkan suatu notis penyitaan disiarkan di sebuah portal berita hari ini.

Notis itu menyatakan arahan sita dikeluarkan oleh timbalan pendakwa raya SPRM, di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM.

Seksyen tersebut membolehkan suatu harta tak alih disita sekiranya pendakwa raya berpuas hati bahawa ia ialah hal perkara suatu kesalahan bawah Akta SPRM, atau keterangan pelakuan kesalahan itu.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki dilapor mengesahkan penyitaan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button