Berita

(VIDEO) Struktur bumbung runtuh hempap kereta di Seputeh

Struktur bumbung itu turut mengakibatkan kereta yang diparkir musnah

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Beberapa kenderaan dilaporkan musnah dihempap sebahagian struktur bumbung bangunan Taman Usahawan Kuchai menempatkan pejabat dan kedai di Kuchai Lama, Seputeh dalam kejadian malam semalam.

Difahamkan, bangunan tersebut turut menempatkan Pusat Khidmat DAP Seputeh.

Beberapa video kejadian berkenaan turut tular di laman Facebook selepas penduduk berhampiran sempat menjengah kawasan berkenaan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)


Turut difahamkan beberapa kenderaan tersebut rosak dipercayai terkena serpihan struktur bumbung yang terjatuh.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi kenyataan ringkas memaklumkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

“Setakat ini kejadian tidak melibatkan mangsa, sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Kejadian tersebut sebelum itu dirakam penduduk berhampiran sebelum memuat naik kejadian di Facebook kira-kira jam 10 malam. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button