Dunia

Suami isteri jual anak demi Iphone 14

Tindakan pasangan itu mendapat kecaman hingga pihak berkuasa membuka kertas siasatan.

KUALA LUMPUR 28 Julai – Tak masuk akal. Mungkin itu ayat yang sesuai menggambarkan tindakan pasangan suami isteri di India yang sanggup menjual bayi mereka yang berumur lapan bulan untuk membeli iPhone 14 yang diidamkan.

India Times melaporkan, pasangan dari Utara 24 Benggala Barat dipercayai mahu membeli telefon pintar berkenaan untuk merakam video dan gambar ketika mengembara ke seluruh rantau India bagi dimuat naik di ‘reels’ Instagram (IG).

Tindakan pasangan itu mendapat kecaman hingga pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap pasangan terbabit dalam urus niaga dan wanita yang membeli bayi berkenaan.

Wanita bernama sudah ‘Sathi’ ditahan polis manakala bapa bayi, Jaydev Ghosh, masih belum ditemui dan pihak sedang berusaha menjejaki lelaki berkenaan.

Difahamkan, jiran terdekat menyedari tingkah laku pelik pasangan itu yang tidak kelihatan risau atau cemas selepas anak mereka hilang.

Lebih membuatkan mereka curiga apabila keluarga Ghosh tiba-tiba mendapat iPhone 14 yang mahal, iaitu berharga kira-kira 100,000 rupee (kira-kira RM5,529).

Ia mengejutkan kerana keluarga itu mempunyai masalah kewangan pada masa lalu.

Tambah mendukacitakan jiran terdekat apabila pasangan itu mengakui menukar bayi kesayangan mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone 14.

Lebih mengejutkan apabila ia bukan percubaan pertama Jaydev kerana pernah melakukan cubaan menjual anak perempuannya yang berumur tujuh tahun.

“Selepas menjual bayi lelaki itu, Jaydev cuba menjual anak perempuannya pula pada tengah malam Sabtu.

“Kami memaklumkan kepada polis sebaik sahaja mengetahuinya dan polis sudah menahan Jaydev,” kata ahli majlis tempatan Tarak Guha.

Jaydev dan isterinya juga wanita yang membeli bayi mereka kini berdepan pertuduhan berat berkaitan kes pemerdagangan manusia.

Sementara polis masih menjalankan siasatan dan belum mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu. РAgensi

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button