
KUALA LUMPUR 15 Nov – Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Johor, sebentar tadi.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7.40 malam tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Facebook Munsyid Malaysia.
Isnin lalu, Allahyarham telah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.
Isterinya Ina Naim dilaporkan bahawa suaminya ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di ICU selepas kegagalan organ dalaman.
Difahamkan, Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.– Xklusif