Sukan

Sukan Asia: Zii Jia tewaskan juara dunia

Zii Jia berjaya mara ke suku akhir dalam acara individu lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2023 di Binjiang Gymnasium sebentar tadi

  • HANGZHOU 4 Okt – Bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke suku akhir dalam acara individu lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2023 di Binjiang Gymnasium sebentar tadi.

Terdahulu, Zii Jia, 25, terpaksa bermandi peluh ketika berdepan juara dunia dari Thailand, Vitidsarn Kunlavut apabila tewas pada set pertama sebelum bangkit penuh bergaya untuk melangkah ke suku akhir.

Zii Jia memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 10-21, 21-19, 21-6. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button