Berita

Sultan Kelantan tarik balik darjah kebesaran Mohammad Agus

Menerusi warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi tadi memaklumkan, Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.

KOTA BHARU 18 Jan – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ditarik balik berkuat kuasa 2 Disember lalu.

Menerusi warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi tadi memaklumkan, Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.

“Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.

“Penarikan balik ini berkuat kuasa mulai 2 Disember lalu,” katanya menerusi warta berkenaan.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad sehingga kini gagal kerana sebarang panggilan dan whatsApp tidak dilayan. – Berita Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button