Berita

Syed Saddiq bukan lagi Presiden MUDA

Syed Saddiq berkata, ia bagi membolehkan beliau membersihkan nama daripada sabutan hukuman oleh mahkamah yang dihadapi

KUALA LUMPUR 9 Nov – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini mengumumkan mengosongkan jawatan Presiden MUDA berkuat kuasa serta-merta.

Syed Saddiq berkata, ia bagi membolehkan beliau membersihkan nama daripada sabutan hukuman oleh mahkamah yang dihadapi.

“Selepas berbincang, kami (pimpinan MUDA) membuat keputusan bahawa saya akan mengosongkan jawatan sebagai Presiden MUDA serta-merta sementara saya membersihkan nama melalui proses mahkamah.

“Jadi, jawatan Presiden akan dipangku Timbalan Presiden MUDA, Amirah Aishah,” katanya pada sidang media petang ini.

Syed Saddiq turut memaklumkan tidak akan terbabit dalam politik MUDA sepanjang tempoh berdepan kes di mahkamah. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button