Berita

Tak dapat jadi menteri, 5 pemimpin ini dilantik jadi pengerusi

KUALA LUMPUR 3 Mei – Pelantikan bekas menteri sebagai pengerusi dalam sesebuah syarikat atau organisasi penting dilihat sudah menjadi satu trend dalam corak pentadbiran negara ini biarpun terdapat ramai lagi individu yang sudah lama berada dalam badan berkenaan yang turut layak memegang jawatan itu.

Pada tahun ini saja sudah lebih lima jawatan pengerusi diserahkan kepada bekas menteri dan sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya mengenai asas pelantikan berkenaan yang lebih tertumpu kepada profil bekas menteri.

Malah, tidak dapat dinafikan pengerusi yang baru dilantik turut membabitkan individu daripada parti UMNO yang mungkin akan memberi impak kepada keputusan yang akan dibuat dalam organisasi berkenaan atas fahaman politik.

Berikut lima senarai bekas menteri yang dilantik menjadi pengerusi:

1. Reezal Merican Naina Merican

Reezal Merican dilantik Pengerusi baharu MATRADE

Rezal Merican sebelum ini memegang portfolio sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan beliau dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO dikatakan mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal antarabangsa, diplomasi, pentadbiran kerajaan dan hubungan industri.

Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022), Menteri Belia dan Sukan (2020-2021) dan Timbalan Menteri Luar (2015-2018).

2. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil

Bertanding di Bandar Tun Razak hanya spekulasi - Shahrizat

Selepas gagal kembali sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO selepas kalah pada pemilihan parti pada Mac lalu, Shahrizat dilantik sebagai Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) pada 9 April lalu.

HAWA adalah majlis yang ditubuhkan di bawah Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sebelum ini bersara daripada politik pada 2018 selepas 11 tahun menerajui pergerakan berkenaan.

3. Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

I am no racist, says Asyraf Wajdi

Asyraf yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bermula 29 Julai 2015 sehingga 10 Mei 2018 dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuatkuasa 10 Mac lalu.

Pelantikan Setiausaha Agung UMNO, itu dibuat bersandarkan kelulusan dan pengalamannya selain pernah menyertai sektor perbankan dengan memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam perbankan Islam sebelum menceburi politik.

4. Datuk Dr Noraini Ahmad

NORAINI AHMAD | Suara Merdeka

Bekas Menteri Pengajian Tinggi (2021-2022) ini dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang baharu.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO dan Ahli Parlimen Parit Sulong, juga adalah wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memeriksa dan memantau urusan dan pentadbiran kewangan negara.

5. Datuk Seri Ahmad Said

BN tidak wajar salahkan Zahid semata-mata -Ahmad Said

Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu (2008-2014) dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang berkuat kuasa serta merta pada 29 Mac lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu juga dilihat dapat membantu merancakkan lagi pembangunan di kawasan Ketengah yang meliputi tiga daerah iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button