Berita

Tan Sri Zainal Rampak meninggal dunia awal pagi tadi

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Tan Sri Zainal Rampak meninggal dunia, pada 2.55 pagi tadi

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, pemergian Allahyarham Zainal dirasai kerana beliau merupakan pemimpin kesatuan sekerja terunggul di negara ini.

“Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia kesatuan sekerja di Malaysia dan serantau,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Allahyarham Zainal berkhidmat sebagai Presiden MTUC dari 1986 hingga 2004, memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar.

Pada peringkat antarabangsa, beliau turut dikenang atas sumbangannya sebagai ahli badan pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari 2000 hingga 2004.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button