Tanah runtuh: Masih berlaku pergerakan tanah di Taman Wawasan
Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan, terdapat simen depan pintu pagar beberapa rumah telah runtuh akibat pergerakan tanah itu

KUALA LUMPUR 18 Dis – Pihak berkuasa mengesan masih terdapat pergerakan tanah di lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, pada 3.50 petang, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan, terdapat simen depan pintu pagar beberapa rumah telah runtuh akibat pergerakan tanah itu.
Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, lapan individu daripada sebuah keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (pps) telah keluar pada 9 malam, pada Ahad.
“Justeru itu, PPS berkenaan telah ditutup secara rasmi. Keadaan di kawasan kejadian tanah runtuh juga akan dipantau dari semasa ke semasa,” ujarnya.
Pada Sabtu lalu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah di Jalan Wawasan Puchong digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di hadapan rumah mereka.
Susulan kejadian itu, mereka telah diarahkan berpindah ke PPS.