Berita

Tayar monorel terbakar sebelum terjatuh di Titiwangsa

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.57 tengah hari semalam.

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pengguna jalan raya di Jalan Tun Razak cemas apabila tayar monorel terbakar sebelum terjatuh dalam kejadian di laluan Stesen Monorel Titiwangsa di sini, semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nooridzwan Mohamad Noor berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian pada jam 12.57 tengah hari.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa bersama sebuah jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat tayar monorel terjatuh dan terbakar,” katanya melalui kenyataan.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.

“Kebakaran kemudian dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera. Kejadian bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button