Berita

Tentera kerah aset pindah 189 calon SPM

Aset tentera dikerah bagi memindahkan 189 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir di Rantau Panjang, pagi semalam.

SPM 2024 akan bermula esok hingga 6 Februari depan.

Semua pelajar akan diambil di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.

Calon SPM itu dari beberapa sekolah terjejas banjir, lapor Harian Metro.

Operasi bermula jam 7 pagi membabitkan pelbagai aset tentera termasuk 10 trak melibatkan daripada tiga, lima dan tujuh tan.

Selain itu, beberapa bot turut dibawa berikutan terdapat laluan yang ditutup kepada semua kenderaan.

Operasi ini dijangka selesai pada jam 3 petang.

Artikel Berkaitan

Back to top button