Berita

Terengganu, Kelantan alami hujan lebat petang ini

Cuaca buruk tersebut juga diramal di Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit, Sarawak

KUALA LUMPUR 18 Dis – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak sehingga pukul 5 petang nanti.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan berisiko adalah di Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

“Di Pahang pula melibatkan daerah Jerantut, Kuantan dan Pekan serta Johor di Segamat, Batu Pahat dan Pontian,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk tersebut juga diramal di Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit, Sarawak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button