Berita

Terengganu, Kelantan diramal alami hujan lebat tahap buruk hingga Rabu

Ia dijangka melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, dan Pasir Puteh di Kelantan

KUALA LUMPUR 20 Nov – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga Rabu.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia dijangka melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, dan Pasir Puteh di Kelantan.

Di Terengganu pula membabitkan beberapa kawasan di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Marang.

“Amaran hujan berterusan (tahap buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, METMalaysia memaklumkan hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di beberapa kawasan di Kelantan membabitkan Jeli dan Kuala Krai; Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun, dan Kemaman); dan di Pahang membabitkan kawasan Kuantan dalam tempoh sama.

Situasi sama juga dijangka berlaku di Kedah meliputi kawasan Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang; serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, dan Manjung) dalam tempoh 22 sehingga 23 Nov. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button