Ekonomi

Tesla batal rancangan buka kilang di Asia Tenggara termasuk Malaysia

TESLA telah membatalkan rancangan untuk menubuhkan kilang pembuatan kenderaan elektrik di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Thailand atau Indonesia tetapi akan memberi tumpuan kepada pembangunan stesen pengecasan sahaja.

Menurut laporan akhbar Thailand, keputusan itu diambil berikutan pemberhentian pasukan eksekutif Tesla yang melawat Thailand pada November-Disember.

“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan membuka kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia. Mereka juga tidak meneruskannya di Malaysia, Indonesia, atau di mana-mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” kata sumber itu.

Tesla sebelum ini dilaporkan bersedia untuk melabur AS$5 bilion untuk hab pembuatan Asia Tenggara dan dikatakan akan memilih sama ada Thailand, Malaysia atau Indonesia sebagai lokasi pilihan.

“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.

“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” kata sumber itu.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada November tahun lalu mengumumkan bahawa Tesla bersedia untuk menjadikan Thailand sebagai hab pembuatan EV.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan berkata berpuluh ribu peluang pekerjaan akan diwujudkan di negara ini apabila Malaysia akan mengadakan kerjasama dengan Tesla dalam bidang EV.

Sebelum ini, Tesla telah mengumumkan ia telah menghentikan rancangan untuk membina sebuah kilang di Mexico sehingga selepas pilihan raya Presiden AS pada November, berikutan janji calon, Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas kenderaan buatan Mexico.

Kilangnya di Monterrey, Nuevo León diumumkan pada Mac tahun lalu dan dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2025.

Walau bagaimanapun, projek itu telah menghadapi beberapa kelewatan dan ketidakpastian.

Menjelang September 2023, beberapa pembekal Tesla telah memperlahankan rancangan mereka untuk membina kemudahan pembuatan baharu di Mexico, bimbang ia tidak akan disiapkan tepat pada masanya.

Pada Oktober, Tesla mengesahkan ia telah menangguhkan projek itu kerana kebimbangan ekonomi.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button