Hiburan
Tia Jinbara meninggal dunia
Berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh isterinya iaitu Suzan Ahmad

KUALA LUMPUR 8 Nov – Tia Jinbara menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.17 malam tadi.
Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria berusia 53 tahun.
Berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh isterinya iaitu Suzan Ahmad.
Suzan memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam.
Pada Rabu lalu, Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam selepas mengadu sakit perut melampau dan sukar bernafas.
Bagaimanapun doktor mengesahkan Tia menghidap kanser hati dan perlu melakukan pembedahan hati dengan kadar segera. – Xklusif