Dunia

Tiada rundingan selagi gencatan senjata tidak dilakukan – Hamas

Pertukaran tebusan jugak tidak dilakukan selagi tiada gencatan senjata.

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Pasukan pejuang HamasPasukan pejuang Hamas dari Palestin tidak akan meneruskan sebarang rundingan, jauh sekali mengadakan pertukaran tebusan Israel yang berada dalam tawanan mereka selagi rejim zionis itu enggan bersetuju melaksanakan gencatan senjata di Gaza.

Selain itu, penegasan itu juga dibuat Hamas selagi Israel tidak menghentikan sepenuhnya keganasan ke atas rakyat Palestin.

Itu mesej yang ditinggalkan Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Saleh Al-Arouri kepada Israel dalam wawancara dengan saluran berita antarabangsa, Al Jazeera pada Sabtu.

Sehingga kini, tebusan yang masih berada dalam tawanan Hamas terdiri daripada anggota dan bekas anggota tentera, dakwa Saleh sambil mengulangi pendirian “tiada sebarang rundingan akan berlangsung mengenai tebusan-tebusan itu selagi Israel enggan menghentikan keganasan.”

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant pada Sabtu mendakwa, Hamas enggan membebaskan tebusan yang terdiri daripada 17 wanita dan kanak-kanak.

“Sejak dari hari pertama kami (Hamas) sudah beri peringatan untuk membebaskan tebusan zionis, apa yang perlu dilakukan (Israel) ialah membebaskan kesemua tahanan kami, selepas gencatan senjata,” jelas Saleh.— Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button