Berita

Tiada siapa yang akan selamat jika ambil rasuah – Tun M

Ada pihak yang mampu mengesan pemberi dan penerima rasuah serta pergerakan wang sama ada secara tunai atau dalam bentuk lain

KUALA LUMPUR 18 Dis – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan semua pihak agar jangan menerima duit rasuah.

Menurut beliau, tiada sesiapa pun yang boleh menganggap diri mereka selamat kerana menyangka perbuatan itu tidak diketahui pihak lain.

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberitahu, pada zaman kecerdasan buatan (AI) ini, ada pihak yang mampu mengesan pemberi dan penerima rasuah serta pergerakan wang sama ada secara tunai atau dalam bentuk lain.

“Kerajaan akan bertukar. Segala salah laku boleh dilapor kepada kerajaan baharu. Akhirnya ke penjara juga,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dr Mahathir menambah, selain kerajaan, ada pihak lain yang boleh menjejaki pergerakan dana.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan tiada sesiapa pun boleh menganggap dirinya kebal kerana akhirnya mereka akan dipenjarakan jika didapati bersalah melakukan rasuah.

“Ini zaman data dan data adalah bukti. Demikian AI dapat mengesan apa yang disambungi,” jelasnya. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button