Tiga anggota polis ditahan dipercayai terlibat kes curi semasa operasi ‘Mini Dhaka’
Kesemua anggota polis yang ditahan dipercayai terlibat dengan kehilangan wang berjumlah RM85,000 di sebuah premis.
KUALA LUMPUR 24 Dis. – Tiga anggota polis yang terlibat dalam Op KhasTiga anggota polis yang terlibat dalam Op Khas menangkap warga asing ditahan susulan laporan kehilangan wang berjumlah RM85,000 di sebuah premis di Lebuh Pudu, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul MajidDatuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 22 Disember lalu.
“Dalam siasatan kes ini, pihak polis telah menahan seramai tiga orang anggota berumur lingkungan 26 tahun hingga 35 tahun yang dipercayai terlibat dalam kehilangan wang tunai sepertimana yang dilaporkan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yanf mana kesemua individu yang ditahan direman selama empat hari bermula semalam.
Tambahnya, kes ini masih dalam siasatan. Orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran awam.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 1,101 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di ‘Mini Dhaka’ di Jalan Silang, di sini baru-baru ini.
Operasi bermula 11 pagi itu disertai 1,138 pegawai dan anggota dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) membabitkan Bridged Tengah PGA, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Serbuan itu dilakukan hasil risikan dan maklumat berkaitan kebanjiran warga asing serta aktiviti jenayah di lokasi terbabit. — Xklusif