Berita

Tiga buruh dipercayai tertimbus bawah bangunan runtuh di Pulau Perhentian

Bagaimanapun empat lagi mangsa berjaya diselamatkan dan mereka mereka hanya mengalami kecederaan dan luka di beberapa anggota badan

BESUT 9 Nov – Tiga pekerja warga Indonesia dipercayai tertimbus dalam runtuhan bangunan resort yang masih dalam proses pembinaan di Pulau Perhentian, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 7.34 pagi tadi.

“Seramai tujuh mangsa terlibat dalam kejadian itu.

“Bagaimanapun empat lagi mangsa berjaya diselamatkan dan mereka mereka hanya mengalami kecederaan dan luka di beberapa anggota badan.

“Tiga mangsa lagi masih terperangkap di bawah runtuhan dan usaha menyelamatkan mangsa terlibat sedang giat dijalankan,” katanya.

Jelas Mohamad, kesemua mangsa dihantar ke Klinik Pulau Perhentian untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya lagi, seramai empat anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian manakala tambahan anggota akan dihantar secara berperingkat dengan menaiki bot. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Back to top button