Tiga kanak-kanak adalah antara lapan orang yang cedera selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Mersing Nitar berhampiran Felda Nitar 1, Mersing.
Komander Jabatan Bomba dan Penyelamat Mersing, Shamsuri Shafai, berkata pasukan penyelamat yang tiba di lokasi pada jam 3.21 petang mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah MPV Toyota Caldina dan lori treler Volvo.
“Pasukan menggunakan peralatan penyelamat untuk mengeluarkan kesemua lapan mangsa dari Toyota Caldina, termasuk pemandu yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan. Pemandu lori treler tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.