Berita
TikTok nafi sekat kandungan pro-Palestin
Semalam, Malaysia memberi amaran kemungkinan tindakan terhadap TikTok dan firma media sosial, Meta, sambil menyatakan platform tersebut didakwa menyekat kandungan menyokong rakyat Palestin

KUALA LUMPUR 27 Okt – TikTok berkata dakwaan kerajaan bahawa platform itu menyekat kandungan pro-Palestin sebagai “tidak berasas”.
“Garis panduan komuniti kami digunakan secara adil kepada semua kandungan TikTok, dan kami komited untuk konsisten menguatkuasakan dasar kami bagi melindungi komuniti kami,” kata jurucakap TikTok dalam emel kepada Reuters.
Semalam, Malaysia memberi amaran kemungkinan tindakan terhadap TikTok dan firma media sosial, Meta, sambil menyatakan platform tersebut didakwa menyekat kandungan menyokong rakyat Palestin.
Dalam maklum balas Meta, firma itu berkata dakwaan tersebut “tidak benar” sambil menambah platform Facebook bukan sengaja melakukan sekatan. – FMT