Berita

Tindakan tegas jika sewa premis kepada warga asing

PBT tidak pernah membenarkan warga asing memiliki lesen perniagaan.

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik lesen perniagaan yang memajakkan premis mereka kepada warga asing tanpa permit kerja yang sah, kata Nga Kor Ming.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu berkata pihak berkuasa tempatan tidak pernah membenarkan warga asing memiliki lesen perniagaan untuk semua premis termasuk kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan pasar.

“Selaras dengan undang-undang kecil majlis tempatan, kelulusan lesen perniagaan hanya akan diberikan kepada rakyat Malaysia. Warga asing yang menyewa tapak pasar awam atau premis milik majlis tempatan mesti mempunyai permit kerja yang sah,” kata Nga.

“Pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan pemegang lesen perniagaan yang menyewakan premis mereka kepada warga asing tanpa permit kerja yang sah dan tindakan tegas akan diambil. lesen mereka akan dibatalkan,” katanya dalam ucapan penggulungan Bajet 2024 pada Selasa (31 Okt).

Nga juga berkata operasi berterusan oleh majlis tempatan dan agensi penguatkuasaan telah dijalankan di semua premis perniagaan.

Sehingga September, beliau mendedahkan sebanyak 26,108 lesen perniagaan telah dibatalkan berikutan 1,558 operasi bersepadu yang dijalankan pada 31 Ogos. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button