Berita

Titah Adendum: Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu selepas mendapati tiada cabaran daripada pihak responden terhadap bukti tambahan yang dikemukakan.

Dalam keputusan penghakiman 2-1, beliau berpendapat mahkamah tidak boleh mengabaikan fakta dan bukti yang dikemukakan oleh perayu dalam kes ini.

“Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan memerintahkan supaya kes terbabit diremitkan (dikembalikan) ke Mahkamah Tinggi supaya merit semakan kehakiman terbabit dan diputuskan di hadapan hakim yang berbeza.

Panel berpendapat bahawa adalah tidak adil untuk perkara itu didengar oleh hakim yang sama kerana keputusan awal telah dibuat dan boleh menimbulkan konflik kepentingan.

Pengurusan kes ditetapkan pada 13 Januari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan

Back to top button