TNC UPM jatuh terlentang ketika uji ‘ramp’ OKU
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi di media sosial.
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Gelagat seorang profesor universiti UPMGelagat seorang profesor universiti UPM yang dirakam ‘cuba’ menggunakan kerusi roda bagi menyelami cabaran dihadapi individu kelainan upaya (OKU) mendapat perhatian ramai.
Dalam video berdurasi 31 saat itu, kerusi roda dinaiki Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Arifin Abdu terbalik ketika cuba melalui laluan atau tanjakan digunakan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk ke restoran Astana.
Ramai mencadangkan tanjakan itu dibuat pengubahsuaian semula untuk memenuhi piawaian kebolehcapaian, sekali gus memastikan keselamatan dan kemudahan penggunaan bagi mereka yang menghadapi cabaran bergerak.
Misalnya pengguna X, Layaa Yusoff berpandangan, secara kasar jika dilihat pembinaan laluan itu memang tidak sesuai untuk OKU.
“Tengok dengan mata kasar pembinaan tanjakan atau ‘ramp’ ini sudah boleh difikirkan ia tidak sesuai. Kasihan Prof (Arifin). Kena ada etika buat sebaik mungkin daripada hanya sekadar ada saja. Semoga Dr Aishah kuat,” katanya.
Sementara itu, pengguna Hafizee Hamid, menyatakan pembinaan laluan itu sememangnya tidak sesuai dan mesra OKU.
“Pihak pengurusan restoran wajar membuat penambahbaikan segera untuk kemudahan OKU. Semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Pengguna @daddydon, pula berkata pihak berkenaan seharusnya mendapatkan pandangan OKU terlebih dahulu sebelum membinanya.
“Tak tanya kepada mereka (OKU) yang akan menggunakan ramp tu ke? Macam melepaskan batuk di tangga. Tidak mesra pengguna,” katanya. —BH