Berita

Tun Dr Mahathir terima rawatan di IJN kerana batuk

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara sejak Isnin lalu.

Memetik laporan Bloomberg, pembantu Dr. Mahathir, Sufi Yusoff memaklumkan, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sedang dirawat di IJN kerana batuk.

Sejak beberapa tahun lalu, Dr. Mahathir sering mendapatkan rawatan di hospital akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung.

Beliau juga pernah dirawat di IJN kerana jangkitan Covid-19.

Kali terakhir beliau dimasukkan ke hospital Januari lalu dan menjalani rawatan hampir dua bulan.

Beliau dimasukkan ke IJN pada 26 Januari 2024 untuk rawatan jangkitan dan pemerhatian sebelum dibenarkan keluar pada 18 Mac lalu.

Pada 10 Julai lalu, Dr Mahathir menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-99.

Beliau yang juga individu tunggal di negara ini menjawat jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Namun, tarikh kelahiran rasmi Dr Mahathir direkodkan pada 20 Disember 1925.

Artikel Berkaitan

Back to top button