Politik

Tun M akhirnya mengaku gunakan DAP nak jatuhkan Najib

Tun M berkata, demi mencapai matlamat, beliau percaya kepada pendekatan musuh kepada musuh anda adalah kawan anda

KUALA LUMPUR 13 Nov – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa dirinya dan DAP saling mempergunakan satu sama lain pada 2018 untuk menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, demi mencapai matlamat, beliau percaya kepada pendekatan musuh kepada musuh anda adalah kawan anda.

“Kita nak guna DAP umpamanya, nak dapat majoriti. Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Najib Razak akan terus jadi perdana menteri,” katanya podcast Keluar Sekejap hari ini bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

Dr. Mahathir merujuk kepada kerjasamanya dengan PKR dan DAP sebelum ini untuk menyingkirkan pentadbiran BN di bawah teraju Najib.

Kata bekas Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau melihat Najib lebih utama untuk disingkirkan berbanding DAP manakala parti berkenaan juga ketika itu berhasrat menggunakan dirinya untuk menjatuhkan Najib.

“Saya sedar, DAP juga nak guna saya, kerana DAP juga mempunyai matlamat yang sama. Jadi kita guna itu,” katanya.

Mahathir menegaskan bahawa strategi adalah penting untuk mencapai matlamat.

“Sekarang ini, kita ada masalah, saya dapati bahawa tak ada pilihan lain, melainkan bekerjasama dengan PAS,” tambahnya.

Shahril Sufian sebelum itu mempersoalkan pendapat Dr. Mahathir yang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak konsisten dalam pendiriannya sejak dilantik sebagai Perdana Menteri. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button