Berita
Tun M cabar Anwar buat PRU buktikan dapat sokongan rakyat
Dr Mahathir berkata, PRU itu adalah bagi membuktikan Anwar mempunyai sokongan kuat rakyat

PUTRAJAYA 22 Jan – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
Dr Mahathir berkata, PRU itu adalah bagi membuktikan Anwar mempunyai sokongan kuat rakyat.
Dr Mahathir membuat cabaran itu ketika pimpinan Anwar kini didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menyiasat pihak yang dilihat berupaya menggugat kepimpinannya.
“Saya menang lima pilihan raya dengan majoriti dua pertiga. Rakyat ada peluang menukar saya tetapi ia tidak berlaku.
“Kalau saya menyalahgunakan kedudukan, saya akan buat satu pilihan raya jadi saya cabar Anwar adakan satu pilihan raya hari ini,” katanya pada sidang media, hari ini. – Berita Harian