(VIDEO) 32 maut akibat hujan lebat, tanah runtuh di Korea Selatan
Bencana itu dikatakan kejadian terburuk di negara itu sejak 80 tahun lalu.

KUALA LUMPUR 16 Julai – Angka kematian akibat hujan lebat dan tanah runtuh di Korea Selatan mencecah 32 orang, manakala lebih 10 orang masih hilang, Sputnik memetik laporan agensi berita Korea Selatan Yonhap, hari ini.
Bencana itu dikatakan kejadian terburuk di negara itu sejak 80 tahun lalu yang bermula sejak semalam.
Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh orang maut, tujuh cedera, manakala tiga masih hilang.
View this post on Instagram
Kebanyakan kematian dilaporkan di wilayah tenggara Korea Selatan, Gyeongsang Utara, dan 17 orang maut akibat tanah runtuh.
Lebih sepuluh orang masih hilang, manakala lebih 7,500 penduduk dipindahkan dari kediaman mereka di 13 bandar dan wilayah di seluruh Korea Selatan.
Lebih 200 jalan ditutup di Korea Selatan dan semua operasi kereta api digantung.
Sebanyak 12 penerbangan dibatalkan pada Ahad. – Agensi