Viral

(VIDEO) 4WD tak menyempat tukar lorong, ‘sapu’ motosikal dinaiki 4 beranak di Seri Kembangan

Kejadian itu berjaya dirakam melaluan kamera papan pemuka (Dashcam) sebuah kenderaan lain di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.

KUALA LUMPUR 12 Dis – Empat sekeluarga berdepan dengan detik cemas apabila motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) di sebuah selekoh berhampiran di Seri Kembangan, hari ini.

Kejadian itu berjaya dirakam melaluan kamera papan pemuka (Dashcam) sebuah kenderaan lain di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi seminit lebih berkenaan, empat beranak itu berada di lorong kiri jalan sebelum motosikal mereka dihimpit dan dilanggar kenderaan 4×4 berkenaan.

Impak daripada pelanggaraan tersebut menyebabkan keempat-empat mereka terjatuh ke bahu jalan.

Malah salah seorang daripada mangsa yang juga kanak-kanak perempuan kelihatan cedera di kepala kerana jelas kelihatan ada tompokan darah di anak tudungnya.

Beberapa orang awam turut memberikan bantuan awal kepada mereka.

Walaupun video tersebut kelihatan seperti kemalangan langgar lari, namun pada penghujung rakaman tersebut jelas kelihatan kenderaan pacuan empat roda itu berpatah balik.

Malah, pemandunya yang memakai baju kolar hitam turun dan berlari ke arah mangsa dalam keadaan panik.

Dalam perkembangan lain, orang awam turut berkongsi keadaan terkini keadaan keluarga tersebut dengan berkongsi sebuah gambar yang memaparkan kanak-kanak perempuan itu sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Pada masa sama, terdapat beg menunjukkan penunggang motosikal itu bekerja sebagai penghantar makanan p-hailing.

Bagaimanapun, keadaan sebenar kesemua mangsa masih tidak dapat dikenal pasti dan tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut setakat berita ini ditulis. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button