(VIDEO) Abang motor jadi ‘hero’ selamatkan warga emas salah jalan atas Lebuhraya BKE
Dalam video berkenaan lelaki itu mendapati wanita tersebut tersalah jalan apabila simpang yang sering dilaluinya tutup.
KUALA LUMPUR 28 Julai – Sikap prihatin seorang penunggang motosikal mendapat pujian apabila sanggup berhenti di tepi lebuh raya untuk membantu seorang wanita warga emas yang terpinga-pinga selepas tersalah jalan di Lebuhraya Butterworth–Kulim, Pulau Pinang, pagi semalam.
Rakaman kejadian yang tular di laman sosial dan aplikasi Telegram itu mendapat perhatian warganet yang menyifatkan tindakan pantas lelaki itu sebagai hero apabila berjaya menyelamatkan wanita berkenaan yang menunggang motosikal dengan perlahan di laluan laju lebuh raya itu.
Dalam video berkenaan lelaki itu mendapati wanita tersebut tersalah jalan apabila simpang yang sering dilaluinya tutup dan wanita itu cuba membuat pusingan u-turn atas lebuh raya itu.
View this post on Instagram
“Lori..lori.. pergi kiri. Aunty pergi bawah, masuk kiri sini,” jerit lelaki berkenaan.
“Aiyo aunty, bahaya ni. Lu mau pergi mana? Sekarang you uturn bawah jambatan, I bawa you u-turn,” katanya.
Lelaki berkenaan mengarahkan wanita berkenaan ke tepi jalan memandangkan keadaan trafik agak laju dengan lori dan kereta pada awal pagi semalam.
Wanita berkenaan memberitahu dia tidak tahu jalan berkenaan dan hanya melalui jalan yang biasa digunakan setiap hari.
Warganet yang menyaksikan video berkenaan memuji sikap lelaki itu yang sanggup membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama.
“Mantap gila bro ni, Semoga dimurahkan rezeki. Dia bantu sesame manusia tak kira agama. Bantu dengan bersungguh pula tu. Baik betul abang ni,” kata Pak_Wan.
“Semoga abang ini sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Ilahi atas pertolongan dia pada aunty tu. Terbaik rakyat Malaysia, sama-sama membantu,” kata Ierah Daniff.
“Terbaik abang ni, dia sanggup tolong sampai habis. Tak semua orang sanggup berhenti tepi jalan nak tolong macam tu. Dia pun dalam masa sama risikokan nyawa dia berhenti jalan sibuk tu,” kata Aisyah Nur. – Xklusif