(VIDEO) Angkara hasad dengki, pemilik kedai roti naan di Selayang melecur teruk disimbah asid
Kejadian itu berlaku gara-gara terdapat individu yang dengki dengan pasangan suami isteri itu yang mempunyai restoran terkenal di Selayang.
KUALA LUMPUR 6 Julai – Pasangan suami isteri terpaksa menanggung kesakitan apabila menjadi mangsa simbahan asid selepas memasuki lif Pangsapuri Laksamana Jaya, Gombak, kelmarin.
Difahamkan, kejadian itu berlaku gara-gara terdapat individu yang dengki dengan pasangan suami isteri itu yang mempunyai restoran terkenal di Selayang.
Kejadian yang berlaku pada Selasa lalu dikongsikan menerusi satu rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
View this post on Instagram
Rakan kepada mangsa yang dikenali sebagai Khairy Adli memuatnaik kejadian itu di laman Facebook turut memaklumkan mangsa mengalami lecur teruk di muka dan badan akibat simbahan asid berkenaan.
Lebih parah, seminggu sebelum kejadian simbah asid, kedai makan mereka hangus terbakar juga dipercayai angkara hasad dengki.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu mengusahakan kedai roti naan di kawasan Selayang sehingga terkenal dan mempunyai ramai pelanggan.
“Memang tak selamat nak berniaga di kawasan tu. Orang dengki ramai. Kawasan mangsa berniaga mmg teruk dengkinya.
“Saya pernah makan kedai keluarga kawan saya ni. Memang sedap dan ramai org. Bukan sekali dua benda macam ini jadi pada mangsa, tapi mangsa bangun terus dan masih berniaga.
“Tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid. Harap polis cepat buat kerja,” kata Khairul dalam hantarannya di Facebook.
Setakat berita ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan polis berhubung kejadian berkenaan. – Xklusif