(VIDEO) Biadap! Penghantar makanan selamba campak, terajang bungkusan makanan pelanggan
Kejadian itu berjaya dirakam CCTV dan tular di media sosial.

KUALA LUMPUR 20 Julai – Kecoh sekejap di laman sosial apabila tular sebuah video seorang lelaki dipercayai penghantar makanan bertindak mencampak dan menyepak bungkusan makanan pelanggannya.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan yang berdurasi 12 saat itu tular sejak petang tadi memaparkan pelaku mengambil bungkusan makanan tersebut daripada rak yang disediakan.
Bagaimanapun, pelaku secara tiba-tiba terus mencampak bungkusan tersebut ke lantai.
View this post on Instagram
Tidak cukup dengan itu, bungkusan makanan turut disepak beberapa kali.
Tidak senang melihat tindakan pelaku, seorang lelaki yang juga saksi kejadian cuba mendapatkan kepastian dengan bertanya pelaku mengapa dia berbuat demikian.
Warganet yang menyaksikan video berkenaan turut tidak melepaskan peluang mengecam tindakan pelaku yang disifatkan biadap dan tidak menghormati makanan.
“Takde mood nak kerja, off je aplikasi Grab tu. Tak payah nak sepak-sepak makanan macam takde otak. Kang kena banned, kau juga meraban,” kata pengendali Twitter Malaysia Most Viral.
“Orang b#doh seperti inilah yang membuatkan rider-rider semua membangau. Bila tak ada order, bising macam a***** Dah dapat order, buat perangai macam b****. Baranlah aku,” kata Nain.
“Bang, kalau macam ni perangai, baik tak payah kerja. Duduk je kat rumah makan pasir. Jangan memekak nanti tak ada duit. Kau kalau takde mood, takde sape pun paksa ambil order kau. Tutup je la apps kau. Settle. Bagi orang yang ikhlas sikit cari rezeki daripada bagi kat kau dapat macam ni,” kata Bnvggett.
Sementara itu, difahamkan pihak Grab Malaysia mengambil maklum mengenai video tular berkenaan dan sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti pelaku. — Xklusif