(VIDEO) Budak 5 tahun tersangkut zip dalam lubang hidung
Kejadian berlaku di Kapar, Selangor pada pukul 7.32 malam semalam.
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menanggung kesakitan selepas zip beg tersangkut dalam lubang hidung kanan di Kapar, Selangor 7.32 malam semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar telah membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
View this post on Instagram
Beliau berkata, anggota bomba bertindak mengeluarkan kepala zip berkenaan dengan mengambil masa kira-kira enam minit.
Difahamkan, kejadian disedari oleh ibu kanak-kanak terbabit pada pukul 6.30 petang selepas pulang dari kerja.
Ibu mangsa telah membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah klinik swasta sebelum mendapatkan bantuan lanjut di Balai Bomba dan Penyelamat Kapar.
Kejadian dipercayai berlaku selepas dia bermain dengan beg sekolahnya sebelum zip berkenaan tersangkut di dalam hidung. — Xklusif