Viral

(VIDEO) Depa cakap adik cacat, pastu kaki dia terbelit-belit, budak menangis pulang dari sekolah diejek rakan sebaya 

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pengalaman ke sekolah sepatutnya indah apabila dapat bersama rakan-rakan menuntut ilmu sebelum melangkah ke alam dewasa.

Namun, berbeza bagi kanak-kanak dikenali sebagai Chenta yang pulang ke rumah dengan tangisan apabila rakannya mengejek adiknya yang sedang bertarung nyawa di hospital disebabkan masalah sawan kronik.

Kejadian itu sempat dirakam ibu kanak-kanak itu yang tidak tahan apabila anaknya dilayan sebegitu rupa oleh rakan sebaya di sekolah.

Video itu turut tular di laman TikTok apabila mendapat lebih 2 juta tontonan dan dibanjiri komen yang simpati terhadap nasib kanak-kanak perempuan itu.

Menerusi hantaran dimuat naik ibunya, dapat dilihat anaknya yang bernama Chenta itu menangis teresak-esak dan begitu kecewa dengan ejekan rakan sekolah yang mengatakan adiknya cacat.

“Depa cakap adik cacat, pastu kaki dia terbelit-belit, kenapa depa cakap macam itu?, luah Chenta.

Bukan itu sahaja, Yusrina memaklumkan bahawa rakan-rakan sekolah anaknya turut menggelarkannya sebagai bodoh serta orang susah dek kerana kekurangan yang dihadapi mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Yusrina turut menjelaskan perkara ini telah pun dimaklumkan kepada pihak sekolah dan akan diteliti serta disiasat.

“Ibu telah berjumpa dengan pihak sekolah dan pihak sekolah akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam.

“Saya juga tidak betulkan Chenta 100 peratus, mungkin Chenta terlampau mengikut perasaan dan sedih mengenang nasib yang menimpa keluarga.

“Kepada ibu bapa, nasihatlah anak supaya tidak melakukan perbuatan buli mental terhadap rakan-rakan sendiri…kerana kita tidak berada di situasi seseorang pelajar.

“Pelajar yang dilanda ujian hebat dari Allah juga tidak minta jadi sebegini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Yusrina turut berkongsi keadaan adik kepada Chenta yang dikenali sebagai Haris yang menjadi mangsa ejekan kawan-kawan di sekolah anaknya itu.

Difahamkan, anak lelakinya itu sering diserang sawan kronik tidak mengira masa serta mempunyai penyakit kritikal kerana mempunyai komplikasi keseluruhan organ dalam.

Penyakit Haris ni dikatakan sangat kritikal, penyakit Rabyson Sindrom yang tiada di Malaysia dan Haris mempunyai kompilasi keseluruhan organ dalaman.

Menerusi hantaran itu juga, ibu kepada tiga orang anak itu berharap agar golongan ibu bapa menitikberatkan adab dalam diri anak-anak supaya budaya mengejek seperti itu tidak berulang lagi.

Warganet yang menyaksikan video berkenaan turut mengecam tindakan kanak-kanak yang membuli dengan cara menganggu emosi pelajar lain.

“Zaman sekarang budak-budak memang buli emosi. Kalau tak pukul, mesti ejek sampai menangis dan tak nak ke sekolah dah. Yang pening mak bapa juga,” kata Nadia Mansor. 

“Sekolah kena selalu pantau budak-budak yang suka buat kacau ni. Sound terus baru ada akal. Pergi sekolah tu belajar sajalah elok-elok,” kata Muhd Ariff. 

“Kalau dibiarkan budak ni menangis boleh jadi murung nanti. Semoga Allah angkat semua bebanan keluarga ini,” kata Sarah Nina. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button