(VIDEO) Dua lelaki guna alat pemadam api samun kedai runcit di Guar Chempedak
Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan
KUALA LUMPUR 28 Jan – Seorang pemilik kedai terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2,800 selepas peti mesin wang kedai berkenaan dilarikan oleh dua perompak di Yan, Guar Cempedak, Kedah.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkaan mengenai kejadian berkenaan.
Katanya, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular video rompakan membabitkan dua lelaki di sebuah kedai runcit dipercayai berlaku di Guar Chempedak.
Dalam rakaman berkenaan, kedua-dua perompak terbabit dilihat menggunakan memakai alat pemadam api bagi menakutkan penjaga kedai.
Video kejadian tersebut yang tular sejak semalam dirakam oleh kamera litar tertutup di premis terbabit.
Menerusi klip berdurasi 30 saat itu, dua lelaki yang berpakaian hoodie berwarna hitam dilihat secara tiba-tiba memasuki kedai terbabit dengan salah seorang daripadanya menggunakan alat pemadam api dan menyemburkannya kepada dua individu yang berada di dalam kedai.
Pada masa sama, seorang lagi perompak dengan pantas mengambil mesin mesin daftar wang tunai yang berada di kaunter pembayaran.
Penjaga kaunter di premis terbabit dilihat hanya mampu terduduk bagi melindungi diri daripada terkena semburan alat pemadam api dan gagal menghalang lelaki berkenaan daripada merampas mesin wang berkenaan.
Menerusi tarikh dipaparkan pada video terbabit, kejadian itu dipercayai berlaku pada Khamis lalu sekitar pukul 7.29 petang. – Xklusif