(VIDEO) Dua lelaki Singapura tunjuk samseng lepas kena tegur isi minyak dalam tong di Johor Bahru

KUALA LUMPUR 21 Jun – Tular sebuah video menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah steen minyak di sekitar Iskandar Puteri, Johor Bahru, malam semalam.
Difahamkan, kedua-dua lelaki Singapura itu bertindak berang setelah ditegur penghantar makanan terbabit ketika cuba mengisi minyak menggunakan tong.
Video berdurasi satu minit 40 saat itu dikongsi pengguna akaun TikTok @matkibol dilihat lebih 800,000 pengguna laman sosial terbabit.
View this post on Instagram
Menerusi rakaman video pendek itu turut menunjukkan dua anggota polis bantuan dilihat cuba menenangkan keadaan.
Salah seorang daripada lelaki itu juga bertindak membuka bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum mengeluarkan disyaki sebatang pengunci streng dipercayai cuba melakukan provokasi kepada rider berkenaan.
Polis bantuan berkenaan meminta kad pengenalan rider berkenaan sebelum kedua-dua lelaki itu cuba menyerang rider sekali lagi.
Warganet yang menyaksikan video itu turut meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap tindakan lelaki Singapura itu yang disifatkan kurang ajar.
“Tak yang orang stesen minyak tu boleh bagi je pulak dua orang ni isi minyak kenapa? Rider tu pulak yang kena tegur diorang. Lepas tu nak tunjuk samseng pulak,” kata Ani Majid.
“Wah wah wah…dah buat salah nak tunjuk samseng pulak. Kau tak kenal lagi orang Malaysia ni macam mana. Nak pukul pakai besi pulak tu,” Wan Haji.
“Kalau tiada polis ni aku rasa dah lunyai rider ni. Polis pun tegas la sikit. Kenapa macam takut je? Orang macam ni jangan bagi muka. Kurang ajar!,” kata Muhd Hafiz. — Xklusif