Viral

(VIDEO) Gajah liar pijak wanita Orang Asli hingga maut di Gerik

Gajar liar itu dikatakan menyerang ketika berada di kebun belakang rumah mangsa

GERIK 14 Ogos – Penduduk Kampung Bal di sini, gempar apabila gajah liar memijak seorang wanita Orang Asli sehingga maut di Seorang wanita Orang Asli maut dipercayai akibat dipijak gajah liar di kawasan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Zaitun itu dikatakan diserang seekor gajah ketika berada di kebun di belakang rumahnya.

Difahamkan, mangsa masih sedarkan diri semasa dia dijumpai penduduk kampung namun menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke klinik kesihatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pukul 6 petang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi memaklumkan, siasatan sedang dijalankan berhubung insiden berkenaan.

“Saya dalam perjalanan ke sana (RPS Kemar) untuk siasat,” katanya.

Turut tular video di laman sosial memaparkan orang kampung mengerumuni rumah mangsa selepas kejadian berkenaan. – Xklusif

 

Artikel Berkaitan

Back to top button