Viral

(VIDEO) Geng perompak sembur api guna ubat nyamuk takutkan tauke kedai runcit di Klang

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kedai runcit di Taman Johan Setia, Klang, Selangor pukul 12.15 tengah hari, kelmarin

KUALA LUMPUR 1 Dis – Tular di media sosial sebuah video memaparkan empat lelaki dipercayai merompak sebuah kedai runcit yang terletak di Taman Johan Setia, Klang, Selangor pukul 12.15 tengah hari, kelmarin.

Dalam rakaman yang tular sejak pagi tadi dapat dilihat kesemua suspek berpura-pura sebagai pelanggan dan mengepung kedai itu seolah sedang mencari barangan untuk dibeli.

Suspek kemudiannya membawa bersama peralatan seperti kayu dan ubat nyamuk sebelum bertindak melakukan jenayah.

Berdasarkan video tular itu, suspek juga menakut-nakutkan pemilik kedai terbabit apabila menyembur ubat nyamuk terhadap mangsa.

Selang beberapa saat, dua orang suspek masuk ke dalam kaunter bayaran dan melarikan beberapa tabung derma yang diletakkan di atas kaunter itu.

Bagaimanapun, rakaman menunjukkan suspek berjaya melarikan diri selepas mengambil barangan yang terdapat di dalam kedai berkenaan.

Rata-rata warganet turut mengecam kejadian itu yang boleh menimbulkan rasa takut kepada orang ramai.

“Terdesak sangat ke hidup dorang ni semua sampai sanggup bahayakan nyawa orang? Kalau ada budak-budak dalam kedai tu macam mana,” tulis Aini Jaafar.

“CCTV ada, tak lama lagi memang ke balai semua ni,” kata Firdaus Yusoff.

“Memang dah lama dorang ‘aim’ kedai ni. Hati-hatilah siapa yang pergi kedai runcit waktu sunyi,” kata Syasya Hasif.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button