Dunia

(VIDEO) Korban banjir di Libya meningkat ke lebih 5,500

Jumlah sebenar kematian penduduk belum dapat ditentukan kerana masih ada lagi mayat ditemui dari kawasan terjejas

TRIPOLI 14 Sept – Angka kematian akibat banjir dahsyat melanda timur Libya meningkat 5,500 mangsa, manakala 7,000 lagi cedera, lapor Xinhua memetik seorang pegawai tempatan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan yang berpangkalan di Tripoli, Osama Ali berkata jumlah sebenar kematian penduduk belum dapat ditentukan kerana masih ada lagi mayat ditemui dari kawasan terjejas.

Beliau berkata, kira-kira 10,000 mangsa telah dilaporkan hilang, manakala 30,000 lagi hilang tempat tinggal akibat banjir.

Kawasan terjejas banjir kini berdepan kekurangan bekalan asas yang teruk, tambahnya.

Banjir turut melanda bandar Benghazi, Beyda, Merc dan Suse.

Tempoh berkabung selama tiga hari diisytiharkan bagi mereka yang kehilangan nyawa dalam banjir dan bandar-bandar yang terjejas oleh banjir diisytiharkan sebagai ‘zon bencana’.

Pasukan kecemasan Médecins Sans Frontières (MSF) akan tiba di Derna pada Khamis bagi mengedarkan kit kesihatan kecemasan dan membantu Persatuan Bulan Sabit Merah Libya dalam memberi rawatan kepada manga cedera.

Pada Ahad lalu, ribut Mediterranean mendarat di timur Libya, mencetuskan banjir dan menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur di sepanjang laluannya. – Agensi

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button