(VIDEO) Lamborghini Sol berasap atas jalan, warganet anggap kifarah curang

KUALA LUMPUR 12 Jun- Kereta mewah jenis Lamborghini milik pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dikatakan mengalami masalah sehingga berasap semasa sedang memandu di sekitar ibu kota, semalam.
Kejadian itu turut boleh ditonton di laman sosial selepas saksi kejadian @cmfavorite memuatnaik video berdurasi 11 saat di TikTok.
“Lambo Abang Sol berasap ke tu?” soal saksi kejadian, cmfavorite.
View this post on Instagram
Dalam video itu itu turut memaparkan Syamsul keluar dari keretanya setelah mendapati kenderaannya mula berasap.
Dalam video berasingan, Syamsul sempat merakam gambar bersama pengguna jalan raya yang menyedari kehadirannya itu.
“Sebelum kejadian, dah perasan Syamsul macam tengah tengok kat dalam kereta dia. Mungkin masa tu ada keluar warning light indicator, kat meter.
“Dalam masa yang sama, dia sempat melayan peminat untuk berselfie,” kata saksi.
Di media sosial, warganet menyifatkan kereta mewah berkenaan tidak sesuai untuk dipandu di kawasan ibu kota yang sering mengalami kesesakan lalu lintas.
“Nak bawa kereta macam ni tak sesuai dekat Kuala Lumpur sebab senang overheat. Jadi tak pelik kalau berasap macam tu,” kata Mohd Adli.
Tidak kurang dengan itu, wargenet mengambil kesempatan untuk mengatakan itu adalah ‘ujian’ buat Syamsul.
“Itulah, curang lagi dengan Puteri Sarah. Ini baru dugaan dunia. Belum akhirat lagi,” kata NurShila Hamid.
“Sol kena sedar apa yang dia dapat lepas ni semua ujian. Sakitkan hati isteri yang setia dengan dia. Semua orang yang senasib dengan Sol pun akan lalui perkara yang sama,” kata Nabila Zambri. — Xklusif