Viral

(VIDEO) Lelaki baran tunjal kepala awek, dakwa pandu bahaya

KUALA LUMPUR 6 Jun – Sebuah video tular memaparkan seorang lelaki bertindak menunjal kepala seorang wanita hanya gara-gara perselisihan faham ketika mahu menukar lorong, baru-baru ini.

Video berdurasi kurang seminit itu dirakam oleh penumpang kereta wanita berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga tular di lamam sosial.

Dalam video berkenaan yang dimuat naik Aizacd Zack, lelaki berkenaan dipercayai meminta wanita itu berhenti di tepi jalan sebelum dimarahi dengan kata-kata kesat kerana menukar lorong.

“Bang, saya memotong di garisan putus. Bukan ‘double lane’,” jelas wanita berkenaan.

Bagaimanapun, penjelasan wanita itu hanya membangkitkan lagi kemarahan lelaki berkenaan sehingga bertindak menunjal kepala wanita itu lebih daripada sekali.

“Kau nak main, kau main nyawa orang b***. Aku sepak kau nanti, dengan sebelah kau (penumpang) aku sepak nanti,” katanya.

Lelaki berkenaan turut memarahi wanita berkenaan kerana menjawab biarpun wanita itu sudah meminta maaf atas kejadian tersebut.

“Kau tak kenal aku siapa. Kau nak kenal tak?,” marah lelaki itu.

Warganet yang menyaksikan video berkenaan turut meluahkan rasa marah dan geram dengan lelaki berkenaan yang berani ‘angkat tangan’ dengan wanita itu.

“Dengan perempuan kau berani la bang, cuba dengan lelaki. Pandai pulak cakap elok-elok,” kata Nur Hayati Halim. 

“Kalau buat salah sekalipun, tak perlu sampai nak pukul. Orang tu ada mak bapak lagi. Dia pun dah jelaskan yang dia memotong di jalan garis putus. Kenapa masih tak puas hati?, soal Aween Iskandar. 

“Bagi nombor plat kenderaan kepada polis terus. Biar polis yang selesaikan lepas ni. Orang macam ni selalu anggap dia hebat sangat. Nampak polis ketar kepala lutut,” kata Fauzi Ibrahim.

Sementara itu, polis Perak menahan seorang lelaki yang dirakam memukul kepala seorang pemandu wanita berkenaan yang ketika ith dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak, petang semalam.

Terdahulu tular satu video berdurasi 59 saat yang memaparkan seorang lelaki berbaju merah keluar daripada kereta PROTON Persona dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepala mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pemandu wanita berusia 24 tahun berkenaan dilemparkan kata-kata kesat oleh lelaki itu sebelum kepalanya dipukul.

Difahamkan lelaki itu sudah ditahan sebentar tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button